Facebook _ Under yahudi???

by - October 03, 2009

Salam semua, sarah nak kongsikan satu email yang dihantar, cuma Sarah harap sape2 ada info tentang perkara ni bolehlah share kat sini ya..







Aku betul betul tak tau pasal benda nih. Korang tau tak pasal benda nih?!
Ades.. Sebab aku tak tau, so aku assume ramai lagi taktau pasal benda nih. So,
aku tulis jer benda nih utk korang hayati dan renungi. Pada yang dah tau tu
bagus la. Senang aku takyah cakap banyak lagi. Aku baru tau pasal benda nih
petang tadi. Nabi cakap, sampaikan dariku walaupun sepotong ayat. Aku pun
sampaikanlah kat korang. Facebook adalah produk Yahudi!! Sebagaimana kalo korang
ikuti post aku sebelum nih yang menyarankan korang
meninggalkan Fotopages
, kali ni sekali lagi aku menyarankan anda semua
diluar sana untuk Tinggalkan Facebook Demi Darah Saudara Kita di Palestin Sana
!! Mungkin korang boleh beralih arah ke Friendster plak. Aku Bukan Cakap Kosong.
Baca Dibawah!! Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan
sebanyak USD300 juta pada tahun 2008?Ini tidak menghairankan kerana ia disokong
oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat
turun setiap hari. Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg
dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry,
Westchester County, New York? Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa
menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk
mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah
jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau
adalah merupakan CEO-nya? Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai
antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama
besar Barrack Obama dan Dalai Lama? Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg
sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008?
Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah
disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan
peribadi sebanyak USD1.5 billion. Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO
Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan
persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPF)? Sedikit Info tentang AEPi: 1) Diasaskan untuk membantu lelaki
Yahudi mencari pasangan Yahudinya. 2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan
menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang
pekerjaan nanti... 3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut
nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam
pelbagai lapangan bidang profesional. 4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya . 5) AEPi
berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel 6) AEPi sangat berkait rapat dengan
kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC , Hillel , Israel on Campus Coalition , Aish HaTorah , Chabad on Campus , Hasbara Fellowships , B'inai Brith International , Shaare Zedek , Chai Lifeline , Holocaust Museum , dan Gift of Life . Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook
datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung
Facebook , maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula
semua keuntungan tersebut? Persoalan paling besar di sini ialah, adakah
keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai
dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di
seluruh dunia? Korang Masih Nak Guna Facebook Semata Mata Untuk Usha Awek2
Cun?!! Fikirkanlah. . Setiap Sen Yang Kita Berikan Pada Mereka Akan Mengalirkan
Darah Saudara Kita Setitik . Aku tak laa baik sangat. Semayang pun selalu miss.
Tapi aku Boikot dan Tinggalkan Facebook sebab aku anggap diorang sebagai
saudaraku sendiri. Aku tak sanggup tengok saudaraku diseksa sedemikian rupa. Aku
masih ada perikemanusiaan. p/s- Artikel pasal Mark Zuckerberg dan Facebook aku
ambil bulat2 dari Sejarah2U so..kepada saudara muslimin muslimat..tolong war2kn
perkara ini!!!!!!

You May Also Like

2 comments