ANUGERAH GURU INSPIRASI MCDONALD’S 2022 MENGIKTIRAF 25 GURU LUAR BIASA DALAM MEMBERI SUMBANGAN KEPADA MURID DAN MASYARAKAT

by - June 12, 2022

 Memasuki tahun keenam penganjuran Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s, bagi tahun 2022 pihak McDonald’s Malaysia menerima 5600 pencalonan dari seluruh Malaysia mulai 10 Mac hingga 2 April 2022. Daripada keseluruhan pencalonan yang diterima, 25 pemenang telah dipilih berdasarkan komitmen “luar biasa” mereka dalam mendidik anak-anak bangsa negara.



Bukan mudah untuk membuat pemilihan, namun menurut Puan Hajah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia pemilihan dilakukan mengikut kriteria yang telah ditetapkan dan pencapaian luar biasa yang guru tersebut  kepada anak murid dan masyarakat sekitar dan melebihi tugas-tugas hakiki yang ditetapkan. Mereka dipilih oleh para juri yang di Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak media yang terpilih dan perwakilan McDonald’s. 





“McDonald’s memperkenalkan anugerah tahunan ini sebagai salah satu inisiatif dan komitmennya dalam menyumbang kepada masyarakat di sekitar lokasi operasinya dengan mengiktiraf guru ”luar biasa” yang memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan negara melalui pendidikan. Setiap guru adalah unik dan dapat memberi inspirasi secara tersendiri. Kami telah melihat peningkatan jumlah pencalonan sebanyak lebih 1,200 berbanding tahun lalu. Kisah luar biasa yang diterima adalah tanda  komitmen tidak berbelah bahagi para guru dalam melaksanakan tanggungjawab mereka melebihi tugas-tugas hakiki demi mendidik murid-murid secara menyeluruh,” kata Puan Hajah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia.



Kriteria pemilihan yang dibuat dalam mengenal pasti guru-guru tersebut adalah berdasarkan kepada impak dalam peningkatan prestasi pelajaran murid, idea-idea pengajaran dan pembelajaran yang inovatif “out of the box” bagi menarik minat dan membantu meningkatkan pencapaian murid-murid. Malah kesannya terlihat bagaimana guru-guru tersebut melakukannya dari lubuk hati mereka dalam menjalankan tanggungjawab sebagai guru melebihi tugas hakiki tersebut. 



Penyampaian Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s telah diadakan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 14hb Mei 2022. Tahniah diucapkan kepada 25 penerima  Anugerah Guru Inspirasi McDonald 2022.




YB Datuk Dr Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan yang merupakan tetamu kehormat majlis, telah menyampaikan anugerah ini kepada 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022. Setiap pemenang menerima wang tunai RM5,000 , sijil anugerah dan juga sebuah trofi. Manakala pencalon yang mencalonkan guru tersebut menerima baucar RM200 dari McDonald’s Malaysia sebagai tanda penghargaan. 



Senarai penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022



  1. Encik Chan Chin Ho

  2. Mdm Tan Wei Kuan

  3. Puan Siti Ainulmursyida binti Shamsudin

  4. Encik Muhammad Suffi bin Yusof

  5. Encik Mohammad Noor Azlan bin Idris

  6. Encik Tiew Feilix

  7. Puan Nur Afizan binti Mohd Zainon

  8. Encik Awang Mohammad bin Awang Yahya

  9. Encik Norhailmi bin Abdul Mutalib

  10. Encik Rohaidee bin Mustafa

  11. Puan Angela binti Joseph

  12. Encik Noreriffin Bin Norazaman

  13. Puan Jasleen binti Mohamed Razali

  14. Encik Ishak bin Hassan

  15. Encik Lerry David

  16. Encik Hafizi Fazli bin Bakar

  17. Encik Mohana Ram a/l Murugiah

  18. Encik HJ Khairu Rasid bin Mohamad

  19. Encik Zulbaseri bin Husain

  20. Encik Maheswaran a/l Muniandy

  21. Encik Huzaire bin Haji Ahmad

  22. Encik Kelimin anak Lidam

  23. Mohamad Zain bin Md Sevan

  24. Puan Aznida binti Abdul Aziz

  25. Puan Siti Rahimah binti Hamat @ Mamat


Sambutan Hari Guru oleh McDonald’s Malaysia


Selain itu, semua 318 restoran McDonald’s di seluruh negara akan menganjurkan parti Hari Guru pada bulan Mei dan Jun ini. Kru restoran McDonald’s bakal meraikan para guru dengan aktiviti permainan, sesi bergambar dan lain-lain lagi.


McDonald’s Malaysia juga akan mengagihkan baucar hidangan percuma kepada guru di seluruh negara sebagai tanda penghargaan buat sumbangan mereka kepada masyarakat. Baucar tersebut akan diedarkan kepada 500,000 guru yang bertugas di sekolah kebangsaan dan sekolah bantuan kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan. Baucar hidangan percuma ini boleh ditebus di mana-mana restoran McDonald's berdekatan sekarang hingga 30 Jun 2022.





Kisah Kebajikan  Cikgu Siti Rahimah Binti Hamat 


Saya tertarik dengan kisah Cikgu Siti Rahimah Binti Hamat @ Mamat yang merupakan Pensyarah di  Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu. 

Sebelum itu beliau merupakan guru di sekolah menengah di Kuala Terengganu. 

Cikgu Siti Rahimah sangat aktif menjalankan aktiviti dan program kemanusiaan tidak kira  di dalam atau luar sekolah dengan niat membantu masyarakat dan komuniti . 


Beliau terkenal dengan sikap prihatin terhadap kebajikan anak murid beliau. Usaha beliau yang bersungguh-sungguh mengumpul dana bagi membolehkan anak murid beliau yang terpaksa berhenti atas faktor kekangan kewangan terus menyambung pembelajaran dan tidak mensia-siakan peluang yang ada untuk menuntut ilmu. 


Beliau juga sangat aktif dalam aktiviti kokurikulum seperti kawad kaki, bola jaring, dan banyak lagi aktiviti yang lain. Beliau merupakan guru yang tidak kenal erti putus asa dan sentiasa tersenyum walau apa jua rintangan yang dilalui. 


Tahniah Cikgu Rahimah. Cerita beliau menjadi sumber inspirasi buat saya sebagai contoh tauladan yang boleh diikuti oleh kami para guru. Begitu juga penerima anugerah yang lain. 


Kisah-kisah guru yang dicalonkan oleh rakyat Malaysia untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's tahun ini boleh diikuti pada pautan berikut:

https://www.anugerahguruinspirasimcd.com/bm/view_nominate.


Sambutan Hari Guru oleh McDonald’s Malaysia


Selain itu, semua 318 restoran McDonald’s di seluruh negara akan menganjurkan parti Hari Guru pada bulan Mei dan Jun ini. Kru restoran McDonald’s bakal meraikan para guru dengan aktiviti permainan, sesi bergambar dan lain-lain lagi.



Latarbelakang McDonald's 

McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan melebihi 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 40 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih 300 restoran di seluruh negara. McDonald’s Malaysia mempunyai lebih 15,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan mewujudkan pelbagai peluang perkembangan kerjaya, latihan dan pembangunan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my


Tahniah diucapkan kepada McDonald’s Malaysia di atas penganjuran Anugerah ini. 





You May Also Like

0 comments