• Home
  • Parenting
  • Education
  • Lifestyle
    • Family
    • Agama
    • Resepi
    • Hobi
  • Young Living
  • Public Gold
  • Tips Bisnes
  • Review
  • Contact Me
facebook instagram tik tok youtube twitter

maesarahmar

 Memasuki tahun keenam penganjuran Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s, bagi tahun 2022 pihak McDonald’s Malaysia menerima 5600 pencalonan dari seluruh Malaysia mulai 10 Mac hingga 2 April 2022. Daripada keseluruhan pencalonan yang diterima, 25 pemenang telah dipilih berdasarkan komitmen “luar biasa” mereka dalam mendidik anak-anak bangsa negara.



Bukan mudah untuk membuat pemilihan, namun menurut Puan Hajah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia pemilihan dilakukan mengikut kriteria yang telah ditetapkan dan pencapaian luar biasa yang guru tersebut  kepada anak murid dan masyarakat sekitar dan melebihi tugas-tugas hakiki yang ditetapkan. Mereka dipilih oleh para juri yang di Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak media yang terpilih dan perwakilan McDonald’s. 





“McDonald’s memperkenalkan anugerah tahunan ini sebagai salah satu inisiatif dan komitmennya dalam menyumbang kepada masyarakat di sekitar lokasi operasinya dengan mengiktiraf guru ”luar biasa” yang memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan negara melalui pendidikan. Setiap guru adalah unik dan dapat memberi inspirasi secara tersendiri. Kami telah melihat peningkatan jumlah pencalonan sebanyak lebih 1,200 berbanding tahun lalu. Kisah luar biasa yang diterima adalah tanda  komitmen tidak berbelah bahagi para guru dalam melaksanakan tanggungjawab mereka melebihi tugas-tugas hakiki demi mendidik murid-murid secara menyeluruh,” kata Puan Hajah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia.



Kriteria pemilihan yang dibuat dalam mengenal pasti guru-guru tersebut adalah berdasarkan kepada impak dalam peningkatan prestasi pelajaran murid, idea-idea pengajaran dan pembelajaran yang inovatif “out of the box” bagi menarik minat dan membantu meningkatkan pencapaian murid-murid. Malah kesannya terlihat bagaimana guru-guru tersebut melakukannya dari lubuk hati mereka dalam menjalankan tanggungjawab sebagai guru melebihi tugas hakiki tersebut. 



Penyampaian Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s telah diadakan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 14hb Mei 2022. Tahniah diucapkan kepada 25 penerima  Anugerah Guru Inspirasi McDonald 2022.




YB Datuk Dr Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan yang merupakan tetamu kehormat majlis, telah menyampaikan anugerah ini kepada 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022. Setiap pemenang menerima wang tunai RM5,000 , sijil anugerah dan juga sebuah trofi. Manakala pencalon yang mencalonkan guru tersebut menerima baucar RM200 dari McDonald’s Malaysia sebagai tanda penghargaan. 



Senarai penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022



  1. Encik Chan Chin Ho

  2. Mdm Tan Wei Kuan

  3. Puan Siti Ainulmursyida binti Shamsudin

  4. Encik Muhammad Suffi bin Yusof

  5. Encik Mohammad Noor Azlan bin Idris

  6. Encik Tiew Feilix

  7. Puan Nur Afizan binti Mohd Zainon

  8. Encik Awang Mohammad bin Awang Yahya

  9. Encik Norhailmi bin Abdul Mutalib

  10. Encik Rohaidee bin Mustafa

  11. Puan Angela binti Joseph

  12. Encik Noreriffin Bin Norazaman

  13. Puan Jasleen binti Mohamed Razali

  14. Encik Ishak bin Hassan

  15. Encik Lerry David

  16. Encik Hafizi Fazli bin Bakar

  17. Encik Mohana Ram a/l Murugiah

  18. Encik HJ Khairu Rasid bin Mohamad

  19. Encik Zulbaseri bin Husain

  20. Encik Maheswaran a/l Muniandy

  21. Encik Huzaire bin Haji Ahmad

  22. Encik Kelimin anak Lidam

  23. Mohamad Zain bin Md Sevan

  24. Puan Aznida binti Abdul Aziz

  25. Puan Siti Rahimah binti Hamat @ Mamat


Sambutan Hari Guru oleh McDonald’s Malaysia


Selain itu, semua 318 restoran McDonald’s di seluruh negara akan menganjurkan parti Hari Guru pada bulan Mei dan Jun ini. Kru restoran McDonald’s bakal meraikan para guru dengan aktiviti permainan, sesi bergambar dan lain-lain lagi.


McDonald’s Malaysia juga akan mengagihkan baucar hidangan percuma kepada guru di seluruh negara sebagai tanda penghargaan buat sumbangan mereka kepada masyarakat. Baucar tersebut akan diedarkan kepada 500,000 guru yang bertugas di sekolah kebangsaan dan sekolah bantuan kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan. Baucar hidangan percuma ini boleh ditebus di mana-mana restoran McDonald's berdekatan sekarang hingga 30 Jun 2022.





Kisah Kebajikan  Cikgu Siti Rahimah Binti Hamat 


Saya tertarik dengan kisah Cikgu Siti Rahimah Binti Hamat @ Mamat yang merupakan Pensyarah di  Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu. 

Sebelum itu beliau merupakan guru di sekolah menengah di Kuala Terengganu. 

Cikgu Siti Rahimah sangat aktif menjalankan aktiviti dan program kemanusiaan tidak kira  di dalam atau luar sekolah dengan niat membantu masyarakat dan komuniti . 


Beliau terkenal dengan sikap prihatin terhadap kebajikan anak murid beliau. Usaha beliau yang bersungguh-sungguh mengumpul dana bagi membolehkan anak murid beliau yang terpaksa berhenti atas faktor kekangan kewangan terus menyambung pembelajaran dan tidak mensia-siakan peluang yang ada untuk menuntut ilmu. 


Beliau juga sangat aktif dalam aktiviti kokurikulum seperti kawad kaki, bola jaring, dan banyak lagi aktiviti yang lain. Beliau merupakan guru yang tidak kenal erti putus asa dan sentiasa tersenyum walau apa jua rintangan yang dilalui. 


Tahniah Cikgu Rahimah. Cerita beliau menjadi sumber inspirasi buat saya sebagai contoh tauladan yang boleh diikuti oleh kami para guru. Begitu juga penerima anugerah yang lain. 


Kisah-kisah guru yang dicalonkan oleh rakyat Malaysia untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's tahun ini boleh diikuti pada pautan berikut:

https://www.anugerahguruinspirasimcd.com/bm/view_nominate.


Sambutan Hari Guru oleh McDonald’s Malaysia


Selain itu, semua 318 restoran McDonald’s di seluruh negara akan menganjurkan parti Hari Guru pada bulan Mei dan Jun ini. Kru restoran McDonald’s bakal meraikan para guru dengan aktiviti permainan, sesi bergambar dan lain-lain lagi.



Latarbelakang McDonald's 

McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan melebihi 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 40 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih 300 restoran di seluruh negara. McDonald’s Malaysia mempunyai lebih 15,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan mewujudkan pelbagai peluang perkembangan kerjaya, latihan dan pembangunan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my. 


Tahniah diucapkan kepada McDonald’s Malaysia di atas penganjuran Anugerah ini. 





Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 Assalamualaikum.


Entry ni sepatutnya dah lama Sarah kongsikan di sini tetapi begitulah bila mood untuk menulis hilang terus di lautan dalam, beginilah akibatnya.

Setelah berlama-lamaan kita dikurung akibat wabak pandemic, banyak masa terisi dengan aktivti online dan di dalam rumah sahaja. Maka terjebaklah Sarah dalam group Family Camping Malaysia yang mana mampu menarik minat Sarah untuk turut serta dalam demam Camping. Banyak ilmu dan pengalaman dikongsi oleh ahli-ahli group. Meriah betul camping mereka, bukan style zaman dulu. mostly camping kayangan la. 

Namun, walau hati meronta-ronta nak camping, barang camping memang zero, berdikit dikitlah membeli  dimulakan dengan khemah yang mampu milik hasil perkongsian testimoni sahabat dalam group Kelantan Camping. 

Sarah beli khemah "Auto Tent" berharga RM89.90 di Shopee. memang ikutkan keinginan nak beli khemah Unta atau Khemah yang lain, tapi risau takut membazir. So kita beli yang biasa-biasa aje, bila tahu anak-anak berminat untuk berkhemah dan dijadikan aktiviti utama kami sekeluarga, kita upgrade pada khemah yang bersesuaian. 

Khemah Auto Tent yang kami guna. 



Di sebabkan semangat yang membuak-buak, kami memilih  D'Aur Beach Resort di Bachok sebagai tempat perkhemahan pertama kami. 
Kami bertolak dari Kuala Krai jam 3 petang dan sampai ke D'Aur jam 5.30 petang. Walk in je kat sana, plannya kalau tak boleh camping, kami just buat day camping aje sampai jam 10 malam. Cuak juga di hati kami, maklumlah musim hujan. 

Persediaan asas yang kami sediakan untuk kali pertama berkhemah :

  1. Khemah Auto Tent 2 (masa ni belum beli flysheet dan groundsheet lagi) 
  2. portable Gas Stove
  3. Toto 
  4. Selimut
  5. Bantal
  6. kerusi lipat di beli kat Happy Home harganya RM 19.90 sebiji
  7. Periuk nasi bawa mana yang ada
  8. BBQ Grill 
  9. Beras
  10. Minyak
  11. Ayam yang dah sedia diperap
  12. Cawan
  13. Lampu 
  14. alat-alat mandian


Kemudahan Yang Disediakan Di D'Aur Beach Resort 

Cas bayaran yang dikenakan hanyalah bayaran Parking kereta RM5 dan bayaran tapak khemah di kira perkepala RM3 untuk remaja dan dewasa. 
Naufal dan Amierah tak dikira.

Tapak Khemah 
Memandang ramai pengunjung pada petang tersebut, kami pilih tempat paling hujung untuk pacak khemah kami. Ada tersedia khemah kanopi, kalau ikutkan sewa RM20 untuk digunakan tapi disebabkan penjaga baik hati, dia pesan untuk kami gunakan aje jika turun hujan lebat.

Disebabkan masa yang singkat, tak sempat nak buat tinjauan kat tapak yang lain. 


Sampai je pasang khemah dan terus bakar ayam untuk makan malam. Kebetulan kami berkenalan dengan satu family yang pacak khemah juga. Mereka punyai pengalaman yang banyak. terima kasih kongsi sedikit tips dan pengalaman, cuma mereka tidak bermalam. 





Tandas yang disediakan juga dalam keadaan baik cuma jauh dari tapak khemah kami. malah tiada plug point untuk disediakan ditempat kami berkhemah. 


Bila air makin mendekat, kami pun apa lagi. terus kemas2 barang, jom balik. 
(macam-macam dalam minda) 


Waktu malam , diterangi dengan lampu solar, dan suasana sangat sunyi. Masa yang membimbangkan bila mana air pantai makin pasang. masing-masing gusar dan tak lena nak tidur. Tambahan pula ramalan cuaca untuk 2 ,3 hari tersebut monsun timur laut yang membimbangkan. memang kami ni di kira cari masalah la, hahaha.
 So, akhirnya kami buat keputusan kemas barang dan balik , Jam 2 pagi sampai rumah mak ayah di Tok Bok, bermalamlah di rumah mak. 


Sebelum tu meh Sarah belanja gambar dan suasana di D'Aur Beach Resort pada kunjungan pertama kami pada tahun 2018.  View yang cantik dan sangat sesuai untuk bergambar. 






Naufal Umur 8 tahun masa ni 

Model tak berbayar 

Banyak spot menarik untuk bergambar 



Sesuai untuk yang nak honeymoon. 
 

Pic Credit : FB D'Aur Beach Resort 

Insya Allah, kami akan cuba berkhemah sekali lagi kat sana, dan senaraikan kembali kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh D'Aur Beach Resort. 


Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Rambuta adalah mahkota yang penting buat para wanita terutama wanita yang berhijab kerana penjagaan rambut yang sangat rapi perlu dititik beratkan.

Memiliki rambut yang hitam, sihat dari akar dan kulit kepala yang bersih menjadi idaman setiap wanita yang berhijab. 



Tujuan utama Safi Malaysia memperkenalkan safi Shayla- Hijab Haircare Expert ialah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan wanita berhijab perlukan penjagaan khas dan mantap untuk kulit kepala dan rambut mereka dan tek nologi baharu Safi Shayla-Hijab Scalp Biotics kini tersedia untuk membantu wanita berhijab yang berumur dari 18 - 35 tahun yang masih belum menggunakan syampu khas untuk wanita berhijab yang mengalami masalah kulit kepala dan rambut yang merunsingkan seperti masalah kelemumur, rambut gugur, rambut kering, berminyak dan  berbau. 


Hasil penyelidikan Safi Reseacrh Institute (SRI), kesihatan mikrobiom kulit kepala wanita berhijab didapati kurang seimbang berbanding dengan kulit kepala yang tidak berhijab. 

Komposisi bakteria jahat dipermukaan kulit kepala adalah berlebihan daripada bakteria baik akibat faktor cuaca yang panas dan lembab. Tidak dinafikan hasilnya pelbagai masalah kulit kepala, rambut gugur, berbau dan gatal mudah berlaku kepada wanita berhijab. 


Safi Malaysia memperkenalkan Set Safi Shayla yang telah di upgrade dan diformulasi dengan rumusan revolusi teknologi hijab scalp biotic pertama di dunia,. 

Di inspirasi daripada Microbiome Science, ia dicipta khas dengan rumusan probiotik untuk membantu pertumbuhan bakteria baik bagi mengembalikan semula dan mencapai keseimbangan mikrobiom kulit kepala dengan kulit kepala yang sihat , rambut berhijab lebih sihat dan lebat. 

Ia juga diperkuatkan dengan 7 Habbatus  Sauda Complex untuk membekalkan nutrien yang secukupnya kepada kulit kepala dan rambut. 


Terdapat lima pilihan Syampu Safi Shayla untuk wanita berhijab miliki, iaitu :




1. Syampu Anti Kelumumur - Berkesan mengatasi masalah kelumumur dengan menghilangkan 99.9% penyebab kelumumur serta melegakan kegatalan kulit kepala dengan sensai dingin.

2. Syampu Kawalan  Rambut Gugur - menguatkan struktur rambut dari akar, kurangkan keguguran rambut dan memperbaiki rambut yang rapuh.

3. Syampu Licin Terurus - melembut dan melicinkan rambut yang kering dan susah diurus. Rambut licin lembut dan senang disikat, tidak lagi frizzy dan serabut.

4. Syampu Segar Bermaya - rasa segar dan sensasi dinginnya syampu ini akan membersih secara dalam dan kurangkan minyak kulit kepala agar rambut ringan, segar, dan bermaya

5. Syampu Itch Kontrol - hilangkan kegatalan kulit kepala segera dengan sensasi dingin agar rasalega dan selesa. 


Jom segera dapatkan  Syampu Safi Shayla sekarang di mana-mana stor berdekatan anda seperti Mydin, Econsave, Lotus, 99 Speedmart, Giant, TF Value, Watson, Guardians, atau di mana sahaja kedai berdekatan anda. 

Anda boleh juga dapatkan di laman sesawang e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee



Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh.




Jika kita perhatikan, ekonomi sekarang sangat tenat dan ramai usahawan yang menutup perniagaan mereka ekoran keadaan pasaran ekonomi yang semakin terjejas dan isu kenaikan barang yang sangat membimbangkan sekarang ini menyebabkan ada yang terpaksa dan serba salah untuk teruskan  berniaga kerana faktor bahan mentah yang makin mahal.







Namun, wahai para usahawan atau anda yang baru nak mula berniaga, kalian jangan putus semangat, Syarikat Richworks International sedia membantu para usahawan dan anda yang mahu mulakan perniagaan. 


Kenali Syarikat Richworks International  dan Bagaimana Mereka Berjaya Membantu Ramai Usahawan Berjaya Membina Perniagaan Mereka.

staff Richworks yang sedia membantu para usahawan


Saya pernah kongsikan tentang Richworks dalam entry sebelum ini, Richworks Komited Membantu Para Usahawan bangkit dan terus bersemangat walau apa jua cabaran yang datang. 

Richworks International adalah sebuah syarikat multinasional yang terbesar di Asia Tenggara dan sering menganjurkan seminar keusahawan dan telah melahirkan ramai usahawan yang berjaya di tanah air. 


Siapa tidak mengenali Pengasas Richworks, Datuk Wira Dr Azizan Osman? 

Datuk Wira Dr Azizan Osman, Pengasas Richworks International 


Sejak 2008 beliau telah membantu lebih daripada 700 ribu peserta usahawan dan jutawan melalui program keusahawanan yang dianjurkan oleh beliau melalui Syarikat Richworks dengan formula dan strategi yang praktikal, mudah dan terbukti berkesan. 

Beliau juga telah menulis lebih daripada 10 buah buku mengenai perniagaan, pemasaran dan penguasaan potensi diri. Malah buku " Beat The Curve" yang dikarang bersama Brian Tracy antara buku yang berjaya tersenarai sebagai buku yang terlaris di Amazon.

Antara Program yang dianjurkan oleh Richworks International dalam membantu para Usahawan bangkit berniaga.







Ikuti Sesi Live Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama para usahawan yang akan di buat setiap hari Ahad  jam 8.00 pagi  sepanjang bulan Februari di  Telegram. 

Ini merupakan salah satu cara beliau untuk membantu para usahawan 


Jangan fikir tahun 2022 ini bisnes semakin mudah! 10 cabaran kritikal perniagaan sekarang!


Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman akan berkongsikan perspektif tentang 10 cabaran bisnes, selepas pandemik dan 2022 ini dalam Live Session di saluran Telegram Azizan Osman Official, pada Ahad ini, pukul 8 pagi.


Ini apa yang Dr Azizan kongsikan pagi tadi :


Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.


Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.


Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.


Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup.


Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.


Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?


Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa.


Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!


Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini.


Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.


Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang.


Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.


Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli.


Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'.


Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.


Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?


Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.


Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.


Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.



Kita sedia maklum, 2022 datang dengan pelbagai ujian dan cabaran yang tersendiri. Justeru itu, kita wajib mempunyai perancangan bagaimana untuk menghadapi  cabaran tersebut.

Sebagai usahawan atau siapa sahaja yang ingin mulakan perniagaan, saya nasihatkan kalian carilah mentor dan berguru. Ini bukan sekadar nasihat kosong, kerana saya juga mempunyai bisnes dan sangat memahami cabaran yang sedang dihadapi oleh para usahawan saat ini. 


Korang wajib Klik dan sertai saluran   Telegram Azizan Osman Official supaya dapat menimba ilmu dan perkongsian beliau. 



Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Assalamualaikum


Doa ibu ayah sangat mustajab terhadap anak-anak, sebab itu Islam menggariskan agar ibu ayah menjaga lidah daripada berkata perkataan yang tidak baik dan bermanfaat kepada anak-anak walaupun di saat memarahi mereka.

 
Dalam pada kita mendidik anak-anak, marilah sama-sama kita juga  mengamalkan  4 Amalan Mudah Dan Ringkas Yang Perlu dilakukan Ketika Anak Sedang Tidur :


4 Amalan Mudah Dan Ringkas Yang Perlu Ibu bapa Lakukan Ketika Anak Sedang Tidur 




1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. 


2. Membaca surah al fatihah 1 kali,Alam Nasyrah 1 kali.
Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.


3. Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.


4. Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.


Selain itu, perbanyakkan berdoa kepada anak-anak. Antara doa yang boleh diamalkan sebagaimana di bawah :


1. Doa Agar Anak Cucu Taat Perintah Allah




2. Doa Nabi Ibrahim Agar Dia dan Anaknya dijadikan Di kalangan Orang Yang Mendirikan Solat



Sama-sama kita istiqamah melakukan amalan amalan dan mendoakan   kebaikan  kepada anak cucu keturunan kita supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa. Aamin

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Anak SUSAH Nak Sarapan? Tip Berikut Boleh Membantu, #5 Paling Penting!

    Sarapan pagi yang sihat penting untuk anak bagi memulakan harinya. Jika tidak bersarapan, mereka tidak akan mempunyai tenaga untuk belajar dan bermain.

    Ia boleh menjadi satu cabaran untuk meyakinkan anak bersarapan. Tapi bertenang, ada 5 cara yang mungkin dapat membantu ibu bapa.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Kepentingan sarapan pagi yang sihat

    Bersarapan pada waktu pagi adalah cara terbaik memberikan badan mengisi semula tenaga yang hilang.

    Manakala melangkau sarapan boleh mengakibatkan anak cepat letih, lesu, resah atau mudah marah, kerana menjelang tengah hari mood dan tenaga mereka akan menurun.

    Sarapan pagi untuk anak sekolah penting bagi menjadikan mereka lebih sihat secara keseluruhan dan aktif secara fizikal – 2 cara terbaik untuk membantu mengekalkan berat badan sihat.

    Ini kerana ia dapat menggerakkan metabolisme tubuh – proses badan menukar bahan api dalam makanan kepada tenaga.

    Apabila metabolisme mula bergerak, tubuh akan mula membakar kalori. Beberapa kajian mencadangkan bahawa tubuh membakar kalori lebih baik pada waktu pagi berbanding lewat malam.

    Risiko berat berlebihan boleh berlaku apabila melangkau sarapan kerana:

    • Mengambil snek lebih kerap sepanjang hari
    • Makan berlebihan pada waktu malam
    • Makan lewat malam

    Sarapan untuk otak

    Bukan hanya sarapan pagi sahaja penting tetapi apa yang dimakan ketika bersarapan juga memainkan peranan.

    Pilihan terbaik adalah pengambilan sarapan yang kaya dengan bijirin penuh, buah-buahan atau sayuran dan protein serta harus rendah kandungan gula tambahan.

    Pengambilan sarapan pagi yang sihat dapat:

    • Membantu anak mendapatkan lebih serat, kalsium dan nutrien penting lain
    • Membantu anak menjadi lebih baik di sekolah
    • Meningkatkan daya ingatan dan perhatian, yang perlu dipelajari anak

    Selain itu, kajian juga menunjukkan anak bersarapan mempunyai IQ lebih tinggi berbanding mereka yang tidak mengambil sarapan.

    Galakkan anak mengambil sarapan pagi yang sihat

    Walaupun anda sedia maklum bersarapan adalah penting, namun masih ramai antara kita yang mengabaikannya, terutama kanak-kanak.

    Dianggarkan 40% kanak-kanak tidak bersarapan pagi – menunjukkan ramai ibu bapa di luar sana berdepan kesukaran untuk memastikan anak mereka bersarapan.

    Kanak-kanak memang sukar diramal dan cerewet dalam soal pemakanan, ia keadaan normal untuk terjadi dan tiada apa yang perlu dirisaukan.



    Berikut beberapa cadangan untuk membuatkan anak teruja untuk bersarapan:

    1. Jadi kreatif dalam penyediaan sarapan pagi yang sihat

    Semasa menyediakan sarapan, fikirkan cara untuk menjadikan sarapan lebih menarik – anda boleh menghasilkan makanan dalam pelbagai jenis bentuk dan warna.

    Sebagai contoh, potong roti bakar dalam bentuk yang berbeza – bintang atau bulat.

    Dalam masa yang sama, pastikan makanan tersebut sihat – mengandungi karbohidrat, protein dan lemak.

    Cuba masukkan sayuran ke dalam makanan seperti campurkan lobak merah yang dikisar ke dalam kentang lenyek.

    2. Sarapan ringan

    Bagi kanak-kanak yang tidak biasa dengan rutin bersarapan akan menolak untuk makan pada waktu pagi kerana tidak berasa lapar.

    Jadi cuba tawarkan dengan menu sarapan ringan seperti buah – pisang dan epal, smoothie sihat, susu atau yogurt.

    Usah risau kerana senarai makanan di atas dianggap sebagai pilihan sarapan pagi yang sihat.



    3. Libatkan anak untuk menyediakan sarapan pagi

    Ada kanak-kanak lebih cenderung makan makanan yang disediakan sendiri, jadi mintalah bantuan mereka semasa menyediakan sarapan.

    Berikan tugasan mudah seperti memilih bahan, menghias makanan dan menuang susu ke dalam mangkuk bijirin.

    Anda juga boleh bertanyakan pendapat mereka mengenai apa yang mahu dimakan semasa membeli barangan dapur.

    4. Biarkan anak memilih

    Berikan anak beberapa pilihan sarapan pagi seperti sediakan 2 atau 3 jenis bijirin sarapan atau perisa oat, tanyakan sama ada mereka lebih menyukai telur hancur atau direbus.

    Jadikan ia pilihan sihat dengan menyediakan bahan seperti keju rendah lemak, mencampur sayuran seperti lada benggala, bawang, cendawan serta tomato, kemudian biarkan anak memilih apa yang ingin dimasukkan ke dalam telur dadarnya.

    Masak pankek dan biarkan anak menghiasinya dengan buah-buahan kegemaran, seperti pisang atau strawberi.

    Jika kesuntukan masa, sekurang-kurangnya berikan anak untuk memilih sama ada roti bakar atau bijirin sarapan untuk hidangan bersarapan.


    5. Menikmati sarapan pagi yang sihat bersama-sama anak

    Jika anda tidak mahu anak melangkau masa sarapan, maka anda juga haruslah bersarapan!

    Ini kerana anak akan mengikut kelakuan ibu bapa mereka, jadi tunjukkanlah contoh teladan yang baik.

    Oleh itu, duduk serta nikmati waktu bersarapan keluarga bersama dan keadaan akan lebih seronok daripada bersarapan secara sendirian.

    Selain daripada menunjukkan contoh yang baik, anda juga dapat berpeluang untuk berbual seketika bersama mereka sebelum memulakan hari yang sibuk.

    Rutin pagi sebegini akan membantu anak untuk membiasakan diri dengan bersarapan. Ia akan mengambil sedikit masa untuk mereka terbiasa rutin ini, jadi ibu ayah perlu banyak bersabar.

    Namun apabila sudah terbiasa, mereka tidak akan melewatkan waktu bersarapan.

    Petua yang dikongsikan ini pasti berkesan, tetapi memerlukan konsistensi daripada anda sendiri sebagai ibu bapa.

    Artikel Asal : https://hellodoktor.com/keibubapaan/budak-tadika/pemakanan-budak/sarapan-pagi-yang-sihat/

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    No comments
    Older Posts

    About me

    About Me

    Suri Bekerja Berbisnes.

    Blogger. Review

    Untuk sebarang kolaborasi dan review atau join team bisnes, boleh hubungi saya:

    maesarahmar@gmail.com

    Follow Me

    • facebook
    • instagram
    • Tik Tok
    • youtube
    • twitter

    Recent Posts

    Categories

    • Agama
    • Aksi Insyirah
    • aktiviti anak2
    • Aktiviti Sek
    • Award
    • Bicara Naufal
    • Bisnes Saya
    • CELOTEH MAMA
    • Contest
    • Education
    • FAMILI DAN KEIBUBAPAAN
    • Family
    • gadget terpenting
    • giveaway
    • hARI iSTImEwA
    • Hobi
    • INFO
    • INFO MENARIK
    • Lifestyle
    • Makan Makan Time
    • Parenting
    • Penyusuan.
    • PERISTIWA
    • Promosi
    • Public Gold
    • Resepi
    • Resepi Anak2
    • Resepiku
    • Review
    • Riadah/Rehlah
    • Shaklee : GLA Compleks
    • Shaklee : Vitamin E
    • Tag Tag
    • Tazkirah
    • Tips Bisnes
    • TIPS KESIHATAN
    • Young Living

    Blog Archive

    Created with by ThemeXpose