9 IDEA AKTIVITI BOLEH DILAKUKAN BERSAMA ANAK-ANAK SEPANJANG RAMADAN MUSIM PKP

by - April 25, 2020





Assalamualaikum . Salam Ramadan Kareem buat semua.

Ramadan 1441Hijrah.

Musim PKP memberi cabaran baru buat semua terutamanya ibu ayah yang punyai anak-anak kecil. Sepanjang hari berpuasa di rumah. Perlu aktiviti yang boleh dilakukan supaya puasa Ramadan kali ini penuh dengan kegembiraan dan Rahmat. Sepanjang hari berada di rumah jika tanpa aktiviti memberikan rasa bosan dan masa seolah-olah menjadi lebih panjang.


9 Idea ini mungkin boleh membantu anak-anak tetap ceria dan teruja untuk berpuasa Ramadan.


9 IDEA  AKTIVITI BOLEH DILAKUKAN BERSAMA ANAK-ANAK  SEPANJANG RAMADAN MUSIM PKP



1. Hias dan  Wujudkan Sudut Ramadan Di Rumah

Biasanya kita bersemangat untuk menghias rumah untuk menyambut kedatangan Aidilfitri, tapi kali ini, apa kata buat sedikit perubahan? Kita hias dan bersihkan rumah menyambut Ramadan. Tambah lagi bila PKP ni, semua aktiviti dirumah, so  , sediakan sudut untuk aktiviti Ramadan.
Biasanya saya buat bunting dan digantung diruangan. Tugaskan anak-anak untuk mengunting, mewarna dan menggantung bunting. Ini dapat menarik minat mereka.



2. Mengaji Al-Quran

Menggalakkan anak mengaji Al-Quran setiap kali lepas solat. Berikan mereka satu target, apa yang mereka nak capai  tetapi pastikan bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Sebagai contoh, anak sulung saya Insyirah berumur 13 tahun, target beliau minima khatam 1 kali Al-Quran untuk sebulan Ramadan ini.

Manakala Naufal pula, meneruskan perjuangan khatam Al-Quran untuk kali pertama. Iya, saya akui, anak-anak saya lambat khatam Al-Quran sebab saya mengajar mereka baca berulang kali untuk pastikan bacaan mereka benar2 betul makhraj dan tajwidnya barulah berpindah pada muka surat baru, tetapi bila dah lancar, maka terus 3 atau 4 muka surat setiap kali baca.

 

3.  Tadabbur Al-Quran

Saya sarankan boleh membaca Terjemahan Al-Quran, untuk lebih mendalam lagi, boleh menonton You Tube dari guru-guru yang berkaliber, seperti Channel Tadabur Centre, Akademi Sinergy mahupun daripada Ustaz ustazah kegemaran kalian. Saya juga menggalakkan anak-anak menonton QuranTime di TV Al-Hijrah jam 12 setiap hari.


4. Menonton Jejak Rasul dan  You Tube


Antara aktiviti wajib untuk anak-anak saya Ramadan kali ini ialah menonton Jejak Rasul Ulul Azmi yang disiarkan di TV3.
Semoga mereka lebih tahu dan mendapat maklumat lebih menarik melalui tontonan tersebut. Saya mewajibkan mereka mencatat isi-isi penting sebagai rujukan untuk masa depan.

untuk anak kecil seusia Amierah 6 tahun ke bawah, boleh menonton Omar Hana, Alif dan Sofia, Zaky atau Nusa yang sangat interaktif untuk mereka.



5. Solat Terawih Berjemaah

Memandangkan PKP masih lagi berlangsung, jadi hidupkan lagi Ramadan kali ini dengan solat terawih berjemaah di rumah. Saya tak tekankan untuk solat fardu, sebab saya pasti ia berlaku di rumah masing-masingkan.
Solat terawih boleh dilakukan walaupun anda tidak mengingati  zikir tiap kali selepas solat terawih. Tetapi banyak juga yang kongsikan Nota Poket Puasa Ramadan Dan Terawih dari Jabatan Mufti Negeri Selangor. Boleh dijadikan panduan sepanjang Ramadan ini.


6. Find A World In Al-Quran.

Aktiviti ini saya ambil dari website  http://parenthoodmuslimstyle.com/ramadan-30-day-activity-lets-find-a-word-in-the-quran

Aktiviti menarik ini, membantu anak-anak untuk lebih mencintai Al-Quran, malah mereka pasti rasa teruja sebab perkataan yang biasa mereka dengar, sebut seperti matahari, bulan, unta ada disebutkan di dalam Al-Quran.

Boleh juga klik untuk dapatkan bahan terbaru yang dikongsikan oleh mereka
http://parenthoodmuslimstyle.com/the-quran-words-2-0-a-ramadan-activity/


7.Jurnal Ramadan Saya dan reward
 

Menulis Jurnal Ramadan sebagai satu cara melatih anak anak menulis perasaan mereka sepanjang Ramadan ini. Ada yang baru mula berpuasa, ada yang sedang melatih diri untuk jadi lebih sabar dan kuat berpuasa, raikan anak-anak. Berikan mereka galakan sertai berikan ganjaran kepada mereka sesuai dengan tahap usia anak-anak.

Boleh download jurnal Ramadan di sini :


Versi Bewarna            : https://bit.ly/3eXoeXB
Versi Black And White : https://bit.ly/2W1SFmH  
    

8. Tabung Ramadan


Menyediakan satu tabung khas sempena Ramadan untuk memberi galakan buat anak-anak bersedekah. Dalam masa yang sama, boleh menceritakan ganjaran yang Allah berikan  kepada orang yang suka bersedekah di bulan Ramadan.


9. Ulangkaji Pelajaran

Memandangkan masih lagi dalam PKP, maka menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu ayah untuk membantu anak-anak tetap belajar dirumah. 

Jika anak dapat berhubung dengan guru-guru melalui aplikasi yang ada, berikan kerjasama buat anak-anak. Insya Allah, jika memudahkan urusan anak-anak ia juga membantu kita juga untuk lebih tenang di rumah.



Semoga perkongsian ini membantu sedikit sebanyak ibu ayah untuk beraktiviti di rumah bersama anak anak sepanjang bulan Ramadan di musim PKP ini. Moga ada yang dapat dimanfaatkan.


Oh ya, selain itu boleh juga merujuk ke Pinterest, pelbagai aktiviti menarik dikongsikan di sana. 


Salam Ramadan dan semoga sentiasa Sabar menghadapi ujian tahun 2020 ini. Doakan agar Covid19 lenyap dimuka bumi ini, dan kita semua dapat kembali hidup seperti biasa.



You May Also Like

4 comments