Pendidikan Anak2 Dlm Islam

by - November 11, 2008

Assalamualaikum

Rasanya sebelum ni dah dibincangkan tentang buku hasil Karya Abdullah Nasir Ulwan. Insya Allah, hari ni saya akan mulakan semula di rumah baru ini. Dah lama nak kongsikannya di sini, tapi sibuk dengan pelbagai tugasan dan projek2 baru, sekarang ni pun sedang menyiapkan satu projek. Tunggu kemunculannya.

BAiklah apabila berbicara tentang pendidikan anak2, Ilmuwan Islam ini dari awal lagi menekankan tentangnya dari sebelum kahwin sehingga lah berkahwin dan bagaimana mendidik anak2 sehingga anak2 dewasa.

Apabila lahirnya seorang anak, maka disunatkan kepada ibu bapa untuk melakukan hukum-hukum berikut :-

  • Sunat mengazankan di telinga kanan dan iqamatkannya di telinga kiri anak ketika menyambut kelahiran anak.
  • Mentahnik kan anak2 yang baru lahir,antara hikmat tahnik ialah supaya urat-urat mulut menjadi kuat. Sunat juga dilakukan olleh orang solih untuk mendapat berkatnya.
  • Sunat menggunting rambut anak yang baru lahir. Biasanya dilakukan pada hari ketujuh. Rambut itu ditimbang dengan perak dan disedekahkannya kepada fakir miskin.

Dalam masa yang sama, ibu bapa pasti sudah lama merancang dan juga mencari nama2 yang bakal diberikan kepada cahaya mata kite kan??? Sudah tentu nama yang sedap didengar. Tapi pada jaman ini, ramai ibu bapa tidak menyedari tentang pentingnya maksud pada nama anak mereka. Ini kerana nama itu adalah satu doa kepada mereka.

Bila nak namakan anak kita?? Sebenarnya boleh dinamakan anak kita pada hari pertama dan boleh juga dilewatkan pada hari ketiga, Dan boleh juga dibuat pada hari ketujuh yakni pada hari di aqiqahkannya. pentingnya ketika mendapatkan nama yang mempunyai maksud yang baik paling indah. kita patut menjauhkan diri dari nama2 yang membawa maksud yang tidak elok seperti al-hazan(maksudnya dukacita).

kita juga hendaklah menjauhkan dari nama2 yang memberi maksud mengada-gada , ikutan orang kafir,seperti nama Hayaam, Hyfa, Nahad, Susan, Miyadah, Nariman, Ghadah, Ahlaam dan pelbagai lagi. Kenapa perlu elak???? Ini kerana nak membezakan antara umat Islam dengan nama-nama yang teristimewa dengan keperibadiannya.

emm... ada lagi.. tapi cukup dulu sekadar ini ya kawan-kawan. lebih elok kalau buku-buku ini ada koleksi kita, senang untuk dirujuk. emmm...

You May Also Like

0 comments