PETUA UNTUK MENJAGA KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN DIRI

by - February 28, 2008

Amalan harian yang mudah diamalkan selain amalan petua lain.Ianya bertujuan untuk kesihatan dan kesejahteraan diri.Setiap pagi kita bangun pagi sama ada bangun pukul 5,5.30,6,atau 6.30.Ia lebih baik jika kita bangun awal dan elakkan bangun dari terlebih tidur.Andai kata bangun pukul 6 pagi,buka saja mata ucapkanlah Alhamdulillah.

Kemudian lakukan sedikit senaman ringan.Paling ringkas pun pusing pinggang kiri dan kanan atau senaman regangan otot.Sebelum masuk bilik air,minumlah segelas kecil air suam dan masuk bilik air.Lakukan pembersihan badan seperti mandi dan gosok gigi dengan betul.Untuk memulakan mandian,mula dari bawah kaki dibawa ke atas hingga ke kepala.Lakukan sekali dan mandi seperti biasa.Jika diamalkan boleh menghindarkan diri dari sakit dan pening kepala.Begitu juga ketika menggosok gigi.Gigi yang bersih boleh menjadikan minda yang baik dan terhindar dari batuk.Malah sepanjang hari kita akan rasa selesa.Selepas mandi,biarkan seketika sambil lap badan dengan tangan sebelum menggunakan tuala.Selepas selesai mandi,kenakanlah dengan pakaian yang sesuai,bersih,dan disertakan dengan bau-bauan wangi.

Solat Subuh dua rakaat dan berdoa.Kemudian buat persiapan diri sama ada untuk ke tempat kerja atau ke tempat belajar.Ketika mengadap cermin,baca doa dan senyum selama 30 saat.
Pastikan sarapan pagi tidak ditinggalkan.Sarapan pagi sangat penting untuk pembentukan rutin makanan sepanjang hari.Oleh itu,bersarapanlah setiap pagi mengikut amaun makanan yang cukup dan tidak berlebihan.

Pada tengah hari,makan tengah hari juga perlu dan tidak patut ditinggalkan.Biarpun sedikit,tapi ianya perlu diambil.Ketika makan,jangan makan berulamkan air.Makan dahulu sehingga habis dan tunggu seketika sebelum minum air.Amalkan minum air yang banyak.Jangan diselalukan minum air sejuk atau air batu.Sekali-sekali tidak mengapa.Selepas makan tengah hari,berkumurlah untuk membersihkan dalam mulut.Selepas itu lakikan solat Zohor.

Pada waktu petang,makanlah hidangan petang dengan meminum teh atau kopi panas.Lakukan sedikit senaman ringan atau senaman berat jika ada masa terluang.Lakukan senaman atau kerja yang mengeluarkan peluh selepas solat Asar.

Kemudian bersihkan diri dengan mandi.Lakukan mandian seperti mandian pada waktu pagi dan jangan lupa berus gigi.Pada waktu malam,selepas solat Maghrib,bacalah Al-Quran.Paling kurang,baca 1 muka surat.Kemudian solat Isya' apabila masuk waktunya.Ketika hendak masuk tidur,baca doa-doa ringkas.Sebelum tidur,cuci muka dan berus gigi.Tidurlah pada waktu awal dan bangun untuk solat tahjut 2 rakaat.Pada waktu pagi,lakukanlah seperti permulaan waktu pagi seperti yang dikatakan tadi.

Lakukanlah rutin ini setiap pagi kerana ianya ringkas.Semoga kehidupan lebih ceria dan sihat.Secara ringkasnya,kesihatan perlu dijaga seperti yang dikatakan di atas.Solat jangan lupa kerana ianya adalah kewajipan.Jika kita membuat perkara lain yang baik tanpa solat,ianya tidak akan diberkati.Oleh itu,jagalah kedua-duanya..

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.............SELAMAT MENCUBA...............!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

You May Also Like

0 comments