PERKAHWINAN MITHALI

by - February 28, 2008

BismillahiRRahmani RRahim


Alhamdulillah, saya ingin berkongsi pembacaan saya tentang buku"Tarbiayatull Aulad" karangan Abdullah Nasir Ulwan.. buku ini amat sesuai untuk para ibu bapa dan juga untuk para pendidik.

Perbincangan pertama adalah mengenai perkahwinan dan pertaliannya dengan Pendidikan. Ini adalah asas dalam membentuk usrah yang sakinah dan mawaddah >Fahami dulu kenapa Allah jadikan perkahwinan sebagai salah satu daripada syariatnya.

Perkahwinan adalah Fitrah
Perkahwinan merupakan satu anugerah Allah kepada Hambanya yang bernama manusia.Perkahwinan adalah suatu fitrah untuk manusia. Di antara dasar-dasar syariat Islam adalah untuk membanteras kerahiban yakni kehidupan membujang. ini kerana kerahiban adalah perkara yang bertentangan dengan Fitrah dan tabiat manusia, kecenderungan,cita-cita dan juga tabiat nafsu manusia. Rasulullah Saw juga bersabda maksudnya :" Barangsiapa yang mampu dan mempunyai kelebihan untuk berkahwin, tetapi dia tidak berkahwin, maka bukanlah dia dari golonganku"
Allah SWT berfirman maksudnya " Fitrah Tuhan yang telah menciptakan manusia ke atasnya, tiada pertukaran lagi bagi ciptaan Tuhan itu. Itulah agama yang lurus, akan tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui" ( Ar-Rum : 30)

Justeru itu, sebagai hamba Allah di alam fana' ini, mengapa masih ada lagi manusia yang tidak mensyukuri nikmat yang telah Maha Pencipta sediakan? masih ada diluar sana yang melawan fitrah Allah seperti tidak berkahwin.. (kononnya hidup bujang itu lebih baik, dan terpengaruh dengan dakyah dan lifestyle masyarakat barat, ada juga yang tidak mahu berkahwin kerana tidak mahu terikat lantas mereka sanggup melawan arus dengan mengamalkan kehidupan bersekedudukan>>>astaghfirullah !!!!

Satu kisah untuk dikongsi bersama : Al BUkhari dan MUslim telah meriwayatkan daripada Anas r.a katanya :
" Telah datang kepada 3 golongan manusia ke rumah isteri-isteri Nabi untuk bertanya tentang Ibadat Rasulullah saw. Apabila diberitahu kepada mereka maka mereka,seolah-olah memperkecilkannya. Mereka berkata:"Di manakah kita daripada Nabi Saw kerana sesungguhnya dia telah diampunkan Allah daripada dosa-dosanya yang telah lalu dan akan datang. Maka mereka mula menghitung amalan mereka sendiri,Berkata yang pertama: adapun aku tiap2 malam aku terus beribadat dan bangun sembahyang . Yang kedua pula berkata: aku pula, setiap hari berpuasa, dan tidak akan berbuka sama sekali. berkata yang ketiga: Aku akan jauhkan diriku dari kaum wanita, aku tidak akan berkahwin seumur hidup.
Apabila Rasulullah SAw mendengar, lalu baginda bersabda maksudnya" apakah
kamu sekalian mengatakan begini dan begitu? aku pula, demi Allah adalah orang yang paling takut kepada Allah di antara kamu,dan aku juga orang yang paling bertaqwa antara kamu. Akan tetapi aku berpuasa dan aku berbuka, aku bersembahyang dan aku tidur,dan aku juga berkahwin dengan kaum wanita.Barangsiapa yang bencikan perjalanan hidupku ini,maka bukanlah dia dari golonganku."

maka jelaslah bahawa mereka yang mempunyai akal yang boleh berfikir pastinya akan mengakui bahawa perkahwinan itu adalah fitrah dan tabiat semulajadi manusia. Dengan memikul dan melaksanakan fitrah itu maka akan bermula satu kehidupan untuk membina tamadun insan jiilul Quran.. dan kehidupan berkeluarga yang berteraskan nilai Islam.

You May Also Like

0 comments