4 PETUA YANG MEMBANTU IBU-IBU DI DAPUR

by - June 20, 2020

4 PETUA YANG MEMBANTU IBU IBU DI DAPUR 


Dapur adalah ofis utama yang tak boleh diusik, kalau boleh susun atur semuanya mesti kena dapatkan persetujuan pengurus domestik  yang bergelar mak, ibu, mama atau mami dan apa jua panggilan merujuk pada tanggungjawab seorang emak.

Semua mesti kemas, mudah untuk diakses dan paling penting seronok untuk memasak di dapur.

kali ni , saya nak kongsikan tips dan petua dapur yang insya Allah membantu ibu-ibu lebih seronok memasak di dapur. 
 

  1. Tips mudah menyiang ikan



Rendam ikan bersama    sedikit garam dan asam keping.Biarkan ia semalaman di dalam peti sejuk dan keluarkan apabila mahu memasaknya.Sisik ikan menjadi lembut mudah ditanggalkan.


2. Pisang goreng lebih  garing 

                                                                               credit to : asianinspiration.com.au

*Gunakan sedikit tepung kastard yang dicampurkan dengan tepung gandum.
Sesudah dibancuh sebati, masukkan pisang yang telah dipotong ke dalamnya.
Goreng hingga kekuning-kuningan.hasilnya pisang goreng lebih garing.


3 . Cara Menyimpan Makanan dalam botol

                                        credit to : ms.maatya.org 


*Makanan dalam botol seperti jeruk jem dan kaya perlu disimpan di tempat sejuk dan gelap kerana cahaya terang akan merosakkanya.
Ia juga hendaklah disimpan di dalam peti ais setelah botol dibuka.



 4. Karipap rangup dan enak



 Karipap,epok-epok atau samosa boleh dirangupkan dengan cara berikut.
sebelum mengadun merjerin bersama tepung gandum,panaskan marjerin yang telah disukat di atas kuali bersama sedikit minyak masak.

Biarkan hingga mendidih.kemudian tuangkan minyak tadi ke dalam adunan tepung. Uli seperti biasa.
Ia menghasilkan kulit karipap yang lebih rangup dan enak.


Selamat Mencuba 

Petua dipetik dari Majalah Mingguan Wanita




You May Also Like

2 comments