Khasiat Jantung Pisang

by - May 28, 2012

Assalamualaikum .................
dua entry hari ni, diari mamahusna ambil kesempatan nak update blog yang bersawang ni :), nak aktifkan semula blog ku, sayang kalau nak tinggalkan terus, :) 


sebenarnya nak share tentang khasiat jantung pisang, eh...... pisang ada jantung juga ek? hebatkan ciptaan Allah, kalau manusia jantungnya kat dalam tubuh dan tak boleh dilihat dengan mata kasar, tetapi jantung pisang ni, dah lah boleh dilihat oleh mata kasar tetapi boleh dibuat juadah pula tu .. emmmmmmmmmmm... rasanya semua dah kenal kan jantung pisang? ada yang belum kenal ke? dan semua pernah makan jantung pisang kan? macam-macam menu boleh dibuat dengan jantung pisang, contohnya  kerabu jantung pisang, teresek(ni ore kelate suka buat) dicampur dengan isi ayam, pedassssssssssssss dan sedap di makan dengan nasi.. 
pssssssssss.. kalau ada yang belum pernah makan, marilah rumah mertua saya, dia suka buat teresek ni... 
lagi satu kalau nak tahu, ada satu produk ni memang dibuat dengan jantung pisang, emmmmmmmm bagi mereka yang tak sempat nak masak, takde masa nak masak, tak jumpa mana nak dapatkan jantung pisang yang fresh atau memang M***S nak masak :), (*saya kdg2 "M" juga untuk masak , ada alternatif untuk anda. tapi sebelum tu saya nak kongsi dengan anda tentang khasiat jantung pisang, credit to En Sham Edymart atas perkongsian info tersebut. 


 inilah jantung pisang, cantikkan :)




Khasiat Jantung Pisang

1. Darah tinggi dan strok – Ia membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.

2. Kolestrol – Ia rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu menurunkan kolestrol.

3. Cirit-birit – potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat cirit-birit.

4. Anaemia – anaemia ialah penyakit kurang darah. Oleh kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

5. Kemurungan – orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.

6. Pening-pening – cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu.



satu lagi, sebagai Milk Boosters... bagi ibu2 yang breastfeeding, amatlah digalakkan menjadikan menu untuk menambahkan /meningkatkan pengeluaran susu ibu, tapi paling penting kena tahu demand and supply ye


yang ni ready made Sambarunding Jantung Pisang ... Memang Sedap di makan dengan nasi panas-panas






emmmmmmmm saya cadangkan anda dapatkan stok ini, bila nak makan terus capai aje, boleh juga letak kat ofis, masa nak g makan lunch tu, bawalah ia bersama, emmmm tentu berselera anda menikmati hidangan 
kalau berminat nak cuba dan nak try atau nak beli boleh klik link ni atau hubungi saya :mamahusnashoppe@gmail.com / sms 0139561249





http://mamahusnashoppe.edycart.com/productdetail.php?product=2366&img=4290

You May Also Like

0 comments