Happy 4th anniversary (8.6.2011) dan selamat hari lahir naufal (7.6.2011)

by - June 07, 2011

Assalamualaikum semua? apa khabar? bagaimana cuti sekolah kalian? penuh dengan aktiviti ? keluarga mamahusna hanya menghabiskan masa di rumah sahaja... oh ya sepatutnya ada entry tentang aktiviti bakar ayam dgn family tapi belum upload lagi... so beri keutamaan pada  hari yang bersejarah hari ini..

Kami bersyukur pada MU ya Allah, sedar tak sedar telah empat tahun bahtera keluarga kami belayar di atas lautan kehidupan ini, pelbagai badai dan ombak kami harungi, pelbagai ujian kami hadapi, baik ujian kecil, dan ujian besar dalam kehidupan.. alhamdulillah kami tetap utuh bersama...:)

Tiada apa yang nak dikatakan, nak diucapkan hanya doa agar bahtera kami ini kekal hinggan ke syurga nan abadi... .. bersama baba tersayang, dengan anakanda insyirah dan naufal.. penyeri dalam keluarga, semoga usrah/keluarga kami dalam lingkungan RAHMAT, MAWADDAH DAN SAKINAH ... SERTA DALAM REDHA ALLAH TAALA.........

semalam hari lahir anakanda naufal yang pertama... selamat ulangtahun adik!! mama, baba dan kakak doakan adik sihat, diberi umur yg panjang, dimurahkan rezeki, dan penting sebagai anakSOLEH... kebanggaan mama dan baba.

sebenarnya kami dah celebrate ulangtahun kami ni awal 4 hari, mulanya baba planning nak ke Kajang pada 8hb, itu yang celebrate awal tu.. sambut hari membakar ayam... ada kisahnya nanti.... celebrate untuk ulangtahun kami, pak sedara kami, dan mak dan ayah.. 3 dalam 1... macam iklan syampu pula...

oh ....... layan pic kek yang ku siapkan sempena makan2 hari tu,
2 tier kek, atasnya kek coklat strawberry dan bawahnya kek blueberry



layannz.......
sukanya semua family suka dan puji sedap... menaikan semangat ku dalam dunia baking ini !!!

oh ya... nak buat giveaway sempena anniversary ni... banner dah siap dah... tunggu entry tersebut ya...

You May Also Like

0 comments