Naufal... ceritanya

by - January 05, 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)


Diam tak diam, sedar tak sedar sudah 3 hari sesi persekolahan berjalan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan baik.. Cuma keadaan cuaca yang sentiasa hujan 3 hari ini memungkinkan seperti banjir akan berlaku sekiranya hujan tidak berhenti dalam 2 hari lagi.

Buat masa ni, anakanda Naufal dan kakak berada di bawah jagaan MIL.. al-maklumlah, masih belum ku temui pengasuh yang sesuai. lagipula MIl sanggup nak jaga. memang secara zahir dan batinya ku tak sanggup nak letakkan di bawah jagaan nya..kalau boleh taknak ibu bapa kita yang menjaga anak2.. biarlah mereka berehat tapi MIL bertegas juga.. so. planningnya sampai umur Naufal setahun, then akan ku carikan pengasuh. nak letak nurseri? macam tak berapa harap je..

Alhamdulillah Naufal dah boleh merangkak dalam usia 8 bulan ni, dah boleh lah sikit2... itu pun selalu praktis.. ada satu kali tersungkur ke lantai, lekatlah sticker merah kat dahi sikit... cian naufal, nangis lama juga hari tu.. cuma yang bestnya, bila nak merangkak di angkatnya punggung tinggi2 ... ha ha comel je kami tgk :),
dah pandai mengutip benda kat atas lantai.. kena selalu perhatikan, takutnya masuk ke mulut tanpa di sedari. Tambah2 kertas banyak yang bertaburan tatkala Insyirah beraiktiviti dengan kertas.

Emm.. Naufal paling suka kalau azan berkumandang. memang ralitnya mata di terarah ke TV. Sebab itu tiap kali nak azan, kami akan tukar chanel ke TV 1, membiasakan telinga anak mendengar azan atau pun ayat2 suci al-Quran Insya Allah akan memberi kesan perkembangan yang positif pada anak2.

Lagi satu kalau naufal menangis mesti akan keluar " ma ........... ma......... bestnya... dia panggil mama :) suka dengar dia nangis.. he he..

nak tak petua untuk percepatkan anak bercakap dan petah berbicara? Insya Allah nanti ya.. Alhamdulillah petua dan ayat ini memang terbukti, telah dipraktikan pada adik bongsu dan anak sulungku Insyirah .

You May Also Like

0 comments