Mesyuarat Guru

by - December 22, 2010

Mesyuarat hari ni, alhamdulillah berjalan dengan jayanya.. mesyuarat yang santai, mesyuarat pertama bersama dengan GB baru yang datang menggantikan GB ku yang terdahulu... Alhamdulillah selama 7 Tahun ku berada di SKSE, telah ku lalui pelbagai pengalaman dan juga pelbagai ragam dari 7 orang Guru Besar.. HEBATKAN???? cuba tanya mana2 guru di sekolah lain, sudah berapa orang GB yang mereka telah lalui??
Hebat betul sekolah ku ini... Ini yang buatku sayang nak tinggalkan sekolah ni.. :) ;) hemmmmmmmm...


Mesyuarat pada hari ini, lebih berfokus pada persediaan untuk kami semua sebelum sesi persekolahan bermula. Suka di ingatkan, Bagi negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah sekolah akan bermula pada 2hb Januari 2011.. manakala negeri2 lain pada 3hb Januari 2011.. so semua guru2 di seluruh Malaysia, mungkin sedang sibuk di sekolah masing2 di minggu akhir percutian..membuat persediaan untuk menyambut kedatangan murid dan juga bagi guru2 kelas membersih dan mengemas kelas/ bilik darjah.  so buatlah yang terbaik untuk sesi 2011.. amanah yang terpikul untuk mendidik anak bangsa terletak di bahu kita semua. Laksanakan amanah dengan sebaiknya.. Niat yang ikhlas kerana Allah .. pastinya kepuasan yang akan dirasai.
Oh ya untuk pengetahuan semua, KBSR telah diubah kepada KSSR.. Dalam KBSR fokus kepada 3M ( Membaca, menulis, mengira) namun dalam KSSR fokus bertambah kepada 4M ( membaca, menulis, mengira,mena'akul) . Tentunya tugasan kepada Guru2 Tahun 1 akan lebih berat kerana ini merupakan tangga pertama dalam pelaksanaan KSSR. So,, do u best ya,.. :)

Dalam mesyuarat tadi juga, Semua guru telah diberikan senarai tugasan untuk tahun 2011.. so ada sedikit perubahan dan rombakan..  namun pada pengamatan diriku, alhamdulillah me puashati buat masa ni.. cuma ada satu aje yg tak berapa nak berkenan.. hope akan ada  perubahan lah untuk yang tu....... ameen... Ya Allah kabulkan doa hambamu ni.

Oh ya,,, 26 dan 27hb adalah hari untukku.. sebagai Guru Buku Teks *pssss tetap dan berpencen gamaknya jawatan ni if tak bertukar, pengagihan akan dibuat pada hari tersebut... so harapnya mendapat kerjasama daripada semua guru yang terlibat.  Tetapi tadi baru tersedar dari lena yg tak berapa panjang, rupanya 26hb tu adalah cuti berganti bagi Hari Krismas.. sooooo terpaksalah korbankan.. huhuhu.. masa letak tarikh ni, pentadbir tak perasan kuuuuuuuuuuuuuuuuuuttt.. uhuh!!!.. kalau nak postpone pada tarikh lain memang confirm takleh... sebab macamana nak war-warkan pada sekalian anak2 murid ku???

Mesyuarat tadi memang banyak perkara yang ditaklimatkan.. tapi tak dapatlah nak bagitau kat sini.. RAHSIA kami2 aje... mana yg blh disharekan untuk tatapan umum.. bolehlah me cerita ceritikan kat sini.... sebelum  balik dibelanjanya semua guru dengan Teo O ais dan juga Nasi bungkus... kata cikgu wan :" makan sebungkus tak cukup" emmm... betul lah katanya.. memang tak cukup tadi... biarpun nasi putih hanya bertemankan ayam bakar dan gulai kosong.. tapi macam tak cukup...........
*** bestnya kalau bilik wawasan macam ni!!! mesti syok mesyurat... huhuhu***

oklah... itu aje buat hari ini........................ oh ya.. sukanya hati bila brownies yang ku buat ditempah oleh teacher nanie mendapat pujiajn darinya... he he thansk nani coz sokong bisnesku yang kecil2 ni.. :)  

You May Also Like

0 comments