Salam Maal Hijrah 1431

by - December 17, 2009





Assalamualaikum semua, apa khabar hari ni?? Salam Maal Hijrah 1431H buat semua teman blogger dan buat sesiapa sahaja singgah di teratak damaiimpiana. . Jangan lupa ambil kad di atas sebagai tanda ingatan kami di sini.


Menyingkap kembali Sirah Nabawiyyah, Hijrah terbesar Adalah Penghijrahan Rasulullah Saw dari Kota Suci Mekah ke Yathrib ( Madinah) membawa makna yang besar dalam kalendar Islam. Detik berkembangnya dakwah dan bermula kecemerlangan Agama Islam, persaudaraan Islam yang semakin kukuh. moga Syiar Islam terus semarak dalam diri kita semua. Jadikan tahun ini sebagai detik perubahan kepada yang lebih baik dengan tekad menjadi Mukmin Muslim yang bertaqwa serta kita semakin mencapai Mardhatillah.

Bulan Muharram juga dikenali sebagai bulan haram, yakni diharamkan berlakunya pertumpahan darah atau peperangan oleh Allah SwT. Namun larangan tersebut termansuh setelah Fathul Mekah (pembukaan Mekah).

Dalam bulan ini juga kita digalakkan untuk berpuasa sebagaimana maksud hadis" Brgsiapa yg berpuasa tiga hari dalam bulan Muharram iaitu hari Khamis, Jumaat & Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun. "

Kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan berzikir, melakukan solat sunat serta amalan2 lain yang boleh mendekatkan diri kepada Allah.

Di Bulan Muharram juga ada beberapa perstiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam antaranya pada 10 Muharram atau dikenali sebagai Hari As-syura.. Insya ALlah.. topik ini kita bincang selepas ini ya kawan.. semoga ada manfaat dari perkongsian ini.

You May Also Like

0 comments