Satu Kehilangan - Al Fatihah

by - June 19, 2009

Assalamualaikum... dan salam sayang semua...





Semalam ( 19 JUn 2009) selepas aje pulang daripada menikmati dinner, berbaring2 mengadap TV dan dalam usaha menidurkan Nurhusna Insyirah...tiba tiba .."tenetenenet..." sms daripada handset ku.... no yang tidak ku kenali... "knor gb kita dah kembali ke rahmatullah". Tersentak membaca, sedih hati tak terkata.. mengalir juga airmata ini mengenangkan arwah yang begitu banyak agenda dan harapan untuk pembangunan sekolah kami. Namun ... Allah lebih menyayanginya... Arwah( Hj Nasir Bin H Hasan) meninggal kerana kompilasi jantung setelah seminggu dimasukkan ke ward di Hospital Kuala Krai..

Terkenang2 lagi, banyak humor, kata nasihat dan tiap kali bertemu pasti soalanya "haa maesarah, sihat hari ni?" terbit di bibirnya... Walaupun arwah baru je 6 bulan di sekolah kami... tapi kemesraan terhadap semua seolah2 sudah lama beliau di sekolah ini...

Takziah untuk keluarga arwah dan marilah kita sama2 menyedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah...

You May Also Like

1 comments

  1. innalillahi wa inna ilahi rajiun. al-fatihah utk arwah. semoga ruh beliau aman bersama ruh org2 yg beriman.

    ReplyDelete