ALhamdulillah, akhirnya MTQ

by - April 02, 2009

Alhamdulillah, pagi tadi ke sekolah terus anak murid ku Ahlam dan opss terlupa siapa, membawakan khabar mengembirakan hati ini, Basyirun = berita gembira tersebut pastinya anak buah dan didikku Nasihah telah mengungguli tempat Pertama Pertandingan Bercerita Kisah Nabi sempena MTQ peringkat Zon bagi bahagian perempuan> Berbaloi latihan dan juga persediaan yang dibuat, ingatkan tiada nombor.,.. alhamdulillah. Tak lupa juga buat Amirul mendapat tempat kedua, bagi peserta lelaki,
Bagi Tilawah Al-Quran, Mukmin mendapat tempat pertama., Ahlam pula tempat kedua,
Untuk Hafazan, beroleh tempat kedua dan ketiga...
Tadi... buat kali ke berapa, ku panggil Nasihah untuk perdengarkan lagi ceritanya, untuk komentar sebelum pertandingan MTQ peringkat PPD yang akan dilangsungkan Hari SABTU ni, bertempat di SK SYP 2, manakala pertandingan NAsyid akan berlangsung di SM SYP. Moga anak -anak didik kami beroleh kemenangan ... Ameen...

You May Also Like

0 comments