27 Rejab ~~ Isra Mikraj ~ Peristiwa Perjalanan Rasullah Saw

by - July 30, 2008

Hari ini 27 Rejab... merupakan hari yang besar dalam Kalendar Ummat Islam. Ia Mencatatkan peristiwa yang amat penting dalam Kerasulan Nabi Muhammad Saw.
Iaitu satu perjalanan Nabi dari Masjidil Haram di Makkah menuju ke Masjidil Aqsa di Palestin.
Seterusnya dari Masjidil Aqsa menuju ke Sidratul Muntaha hanya dalam tempoh semalaman perjalanan.
Perjalanan Rasulullah menaiki Burak yang mempunyai kelajuan sepantas Kilat adalah suatu teknologi yang tak dapat ditandingi dengan mana-mana teknologi yang ada kini.
Firman Allah bermaksud "Maha Suci Allah yang telah memperjalanankan hambanya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya. Sesungguhnya Dia Maha mendengar lagi Maha Mengetahui."(surah Al-Isra' ayat 1)
Peristiwa ini berlaku di saat Nabi menerima pelbagai tekanan daripada Musyrikin Quraisy dan juga kerana kesedihan nabi Tatkala dua Insan yang disayanginya pergi selamanya meninggalkan Baginda. Iaitu Saidatina Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib. Kewafatan mereka berdua amat mendukacitakan Baginda Rasullah, Justeru tahun itu juga dikenali sebagai Tahun Dukacita buat baginda Rasul.

You May Also Like

0 comments