Perjuangan Richworks 2021, Komited Bantu 605,000 Usahawan Bangkit Semula Ketika Pandemik 2021
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh.
Umum mengetahui perjalanan 2021 menjadi satu perjalanan yang penuh ujian kehidupan menghadapi pandemik yang belum berakhir dan musibah banjir pada bulan Disember 2021 yang melanda baru-baru ini.
Ujian datang bertimpa-timpa, rakyat mula gusar dengan keadaan ekonomi keluarga, tahap ekonomi makin merudum. Malah ia sangat memberi kesan kepada majoriti usahawan di Malaysia.
Sementelah banjir yang datang menyebabkan banyak barang jualan, stok digudang kesemuanya rosak. Hutang dan sewa kedai dan gudang yang perlu dibayar, bagaimana mereka harus bangkit kembali? Malah tempias ini dapat dirasakan oleh seluruh rakyat Malaysia. Malah kesyukuran yang tiada berbelah bagi kepada Allah SWT, kerana ramai rakyat Malaysia dan NGO yang datang membantu. Betapa prihatinnya masyarakat kita. Alhamdulillah.
Moga ujian yang diberikan oleh Allah SWT ini tidak terus melemahkan kita, teruskan perjungan untuk bangkit kembali dengan sokongan dan bantuan dari ramai pihak.
Pandemik 2021: RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula
Justeru itu Richwork International iaitu syarikat yang tidak asing lagi di negara kita, terutamanya di kalangan para usawahan, Richwork yang terkenal dengan pelbagai aktiviti keusahawanan dan telah membantu ramai usahawan bangkit berjaya sebelum ini, kini tampil membantu seramai 605,000 usahawan untuk kembali bangkit semula setelah mengalami ujian demi ujian saat ini.
Tahun 2021 yang diharungi sebelum ini menyaksikan pelbagai kisah dengan cabaran pandemik dan ditutup bersama musibah banjir pada akhir Disember lalu menyebabkan ramai usahawan yang sangat terkesan.
Ibu mertua Dr Azizan meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan sudah tidak ada harapan jika tiada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan.
Alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik dan bagi Dr Azizan, peluang kedua diberikan Allah
SWT digunakan sebaiknya oleh beliau membantu dan membimbing dengan penuh komited untuk para usahawan kembali bangkit dengan menjalankan program percuma yang dihadiri ribuan orang.
Walaupun Dr Azizan baru sahaja keluar dari hospital dan sedang proses pemulihan, Dr Azizan komited menjalankan program percuma yang dihadiri ribuan orang.
Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan. Secara keseluruhan pada tahun 2021, RichWorks dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks pada tahun lalu.
Malah salah satu program kami iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) juga mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, pihaknya tak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).
"Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga.
"Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu," ujarnya.
Menurut Radz, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini.
Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.
Dalam pada itu, syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi.
Alhamdulillah pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion.
Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).
Melalui program bimbingan Spire kami yang menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya.
Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.
Syukur atas kejayaan dan ujian dihadapi 2021 lalu, itulah sedikit sebanyak perjalanan RichWorks yang kami usahakan dan akan dipergiatkan lagi tahun baru ini, insyaAllah.
Moga usaha RichWorks untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.
IKUTI PERJALANAN RICHWORK 2021 YANG BENAR-BENAR
MEMBERIKAN INSPIRASI
Umum mengetahui, Richwork adalah sebuah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan.
Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).
Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.
Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.
Kaksarah mendoakan agar Richwork terus komited dalam membantu membangunkan para usahawan dan juga rakyat Malaysia untuk terus bangkit menempuh kehidupan yang lebih mencabar lagi pada tahun 2022.
Malah Kaksarah juga antara yang pernah menyertai program yang dianjurkan oleh Richwork . untuk mengecapi kejayaan dan mencapai kejayaan, kita perlu mempunyai seorang mentor yang boleh membantu kita.
Richwork banyak menganjurkan program yang boleh anda sertai, mulakan dengan pelbagai program percuma yang dianjurkan sama ada secara online atau offline. Anda lah yang perlu memulakan langkahnya.
Selamat maju jaya diucapkan kepada Richwork dalam misi membantu lebih ramai usahawan bangkit berniaga pada tahun 2022 ini.
2 comments
Alhamdulillah, semoga Richworks lebih sukses dalam membantu usahawan untuk berniaga
ReplyDeleteramai usahawan berjaya dengan bantuan Richworks..
ReplyDelete