Selesai dua perkara

by - July 23, 2011

Assalamualaikum dan salam Ukhuwwah,

alhamdulillah, alhamdulillah dan syukur ya Allah, semalam dan hari ini kami sekeluarga telah menyelesaikan dua perkara yang penting sebelum memasuki rumah baru kami. Terima kasih tak terhingga buat adik2 ku semua yang telah bertungkus lumus dan tentunya ayah dan mak juga tak terkecuali membasuh dan mencuci rumah kami... alhamdulillah kerana memberi pertolongan yang maha besar ertinya buat kami, meringankan kerja kami yang mempunyai anak2 kecil, terima kasih juga kepada jiran sebelah kak ju dan suami yang sudi meminjamkan wayar air untuk memudahkan urusan membasuh rumah kami.

Semalam pula, kami ke G-Orange di Tunjung untuk membeli lampu dan juga kipas untuk rumah kami dan juga adik pula membeli lampu dan kipas untuk rumah mak dan ayah.. tahun ni berlaku banyak transformasi di rumah mak dan ayah.. harap mak dan ayah menyukainya.. 
Sepetang di G-Orange amat-amat memabukkan dan merambangkan mata .. sungguh cantik dan lawa2 semua barang yang ada, seakan nak memborong semua :) emmmmmmmmm... akhirnya kami memilih lampu kristal yang cantik dan harganya cukup ekonomi, lampu untuk ruang makan yang comel dan cute, dan lampu rendah watt untuk semua bilik.. tapi tak semua kami beli, rasanya esok atau lusa perlu ke sana lagi untuk mencukupkan bilangan 18 biji dan tempat untuk lampu. Manakala kipas belum di beli lagi.. banyaknya kena habiskan... huhuhu... budget.. budget... beli yang cantik tapi harga yang ekonomi..

Hari ni juga kami pergi survey harga untuk grill... kami jangkakan dalam RM5000.00 termasuk pagar keselamatan di tangga, dan pekerja kedai tersebut dah ukur semua, tokey sms bagitau untuk semua tingkap atas dan bawah, pintu dan sliding door dalam RM 3000.00.WOW!!! diluar jangkaan kami :) , selepas itu baba pergi ke beberapa kedai untuk survey, ada yang letak dalam RM 5000.00 dan ada yang RM 6000.00.
so, kami buat keputusan untuk menempah dengan kedai yang pertama, harganya jauh sangat berbeza.

Harapnya dapatlah mereka terima tempahan dan siapkan dalam minggu ni,, kesian kami... hanya ada 1 minggu aje... :(

oh ya, untuk mereka yang sedang survey untuk membeli rumah atau berhajat untuk membina rumah, buatlah kajian dan survey dahulu ya...

Doakan semoga segala gerak kerja kami dipermudahkan ALLah .. ameen ya Allah

You May Also Like

0 comments