My day

by - January 06, 2009

Hari ni ada kesempatan untuk melabuhkan catatan di sini. Rasanya dah 4 hari tiada entry baru, kesuntukan masa dan kepenatan yang amat, emm membuatkan diri tiada cambahan kata-kata untuk dicoretkan.

Selesai sudah urusan SPBT yang belum selesai, memang amat memenatkan, dengan timbunan buku yang perlu diberesi dengan anak murid, mujur ajk di kalangan murid yang dilantik ringan tangan. :)

Lepas ni, kena buat urusan pindahan bilik baru, hanya tunggu masa bilik tersebut siap, akhirnya ada juga bilik yang boleh di katakan ok untuk dijadikan bilik BOSS, atas iniasitif GB. Sebelum ni menumpang aje.. bukan kerana apa, sekolah kami mempunyai bilik dan bangunan yang amat terhad. Mungkin bukan rezeki lagi untuk mendapatkan bangunan baru, rasanya dah banyak kali orang2 JKR datang ukur dan sukat tanah, tapi akhirnya diam begitu aje... .. Insya ALLah moga dipermudahkan urusan untuk sekolah kami, agar murid2nya selesa dan lebih seronok untuk belajar dengan facilities yang begitu sempurna.

Luahkan rasa pula... em.
p/s kak chik : tag tak dapat sarah sempurnakan lagi, broadband bermasalah, tak boleh nak upload gambar. Geram dengan celcom ni.... banyak gambar yang tergendala. huhu

You May Also Like

0 comments