Menyambut Kedatangan Guru Besar Baru

by - January 12, 2009

Assalamualaikum

Semalam,sekolah SKSE,telah menerima kedatangan GB baru, setelah guru besar sebelum ini, bertukar ke Unit Sukan JPN setelah bertugas selama kira2 4 bulan di sekolah kami,
Menjadi satu sejarah bagi sekolah kami, dalam tempoh 2 tahun bertukar 3orangnguru besar,emmmm... moga yang ini akan kekal dan memberikan perubahan dan anjakan yang lebih hebat kepada Sekolah Kami
~~ SELAMAT DATANG KE SKSE kepada HAJI NASIR~~~




Emm... Rombongan GB dan Guru2 dari sekolah lamanya. Rombongan seramai 20 orang . Kelihatan mamahusna menyambut kedatangan mereka semua(he he he jadi penyambut tetamu diriku)

Pengerusi Majlis, tetap dan berpencen, Ust Lokman,our penyelaras jQAF sedang mempengerusikan majlis..

Selepas ucapan2 hangat yang disampaikan oleh PK2 dan Our new GB, maka bermula lah majlis makan2, yang pastinya wajib ada kan.. baru meriah.

Menu kali ini :

Nasi Minyak, Gulai Dalca, Ayam Masak Merah, Acar Timun, Sambal, dan air sirap rose. Tentunya dipersembahkan oleh Chef of the Year dari Kantin SKSE.

(Thanks To Cg Nordin coz sudi memberikan gambar2 ini)

You May Also Like

0 comments