Kena Tag lagi...

by - January 08, 2009

Tag lagi.... kali ni kak chik bagi tag lagi, tapi yang ni tak perlu upload gambar, senang sikit,




sekarang dah berada kat rumah mak kat machang, ada adik2 layan kan Insyirah senang lah sikit nak dok depan lap top ni...


Alhamdulillah, dah boleh rest sikit hari ni, esok weekkend so bercuti 2 hari, boleh restkan minda dan tubuh, pssTtt ..


ok berbalik pasal tag ni, pastinya ada rules yang perlu dipatuhi, apa yang perlu dibuat ?? haa ini dia,...




Rule nya :

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda


Inilah dia rupa award yang perlu di "kopi", asalnya gambar cekci, malulah, so kita tutupkan aurat dia ya, cantikkan??? :)


2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda
Pemberi award ni: kakchik, , cepat mesra orangnya, suka membaca,orang kuat di Perpustakaan Az-zahra di KB, pemilik kedai buku maribaca,suka membuat roti dan sukakan fesyen muslimah.

3. [ Papar Semua ]Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).


kena bagitau 10 ke??? hulamak,,


1. suka membaca buku, tak kira novel ataupun buku2 ilmiah, terbaru beli 5 buah buku di Jaafar Rawas, tapi semuanya belum baca, time management perlu di update semula. Buku ni 1 buku 1 bulan.. :)


2. suka membeli majalah mingguan wanita, majalah nur, majalah i, pa & ma, anis, yang ni memang tak boleh miss tiap2 bulan, ada juga cuba kurangkan pembelian, tapi tak boleh, asal je akhir bulan, masuk gaji, terus beli majalah2 ni.


3.Seorang ibu yang sedaya mungkin menjayakan kempen penyusuan SUSU IBu secara ekslusif tanpa mencampurkan dengan Formula MIlk, alhamdulillah Allah kabulkan doaku, walau banyak rintangan yang terpaksa di hadapi, banyak dapatkan info dari susuibu.com dan majalah pa & ma.
4. suka blogging dan menyertai beberapa forum yang menjurus kepada kewanitaan da biz dan telah menjadikan diri ni sebagai seorang usahawan internet.Insya Allah yang berjaya.


5. suka membuat dan membakar cake, pizzza n roti, paling tidak suka membuat biskut, kerana mengambil masa yang lama.


6. Suka kan aktiviti yang lasak dan mencabar tapi, sejak kahwin ni, dah lama da tak beraktiviti ni..


7.Suka menjahit sulaman tangan dan manik di tudung dan di baju, cume memerlukan masa yang betul2 free"tika insyirah tido" sebab bermain dengan jarum dan gunting(pastinya berbahaya buat baby tersayang)


8. Ingin sekali menyambung pengajian tetapi masih lagi konpius, kalau boleh nak dapatkan tawaran master yang tajaan dari KPM, tapi dah terlepas, minggu lepas kawan ada cakap course master in counselling under UUM dah buka untuk pendaftaran tapi,.. konpiusnya... abang dah bagi greenlight ni... huhuhu


9. Suka pada aktiviti2 berbentuk kemasyarakatan dan kebajikan, andai satu hari nanti dapat buka satu welfare yang islamik untuk anak2 terbiar dan miskin, ameen...


10. Suka memelihara ikan,dan air, amat menenangkan tika memerhatikan ikan bergerak, dan mendengar deruan air sama ada water fall, or water fountain( yang ni akan ada di sudut rumah ku nanti )


4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.



  1. honey744@ pentaskehidupan.

  2. azlan sajirah

  3. kak wawa @ sentuhan kalbu.

( 3 0rang je ye kak chik, tak tahu nak tag siapa.)sorry ya he he.

5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "anda telah di tag - sila layari blog Damaiimpiana untuk mendapatkan award anda

Alhamdulillah akhirnya selesai tag ini, bermula petang semalam, dengan pelbagai iklan, akhirnya pagi ini 11.23pagi selesai .




You May Also Like

0 comments